ENB Series By Robert V5 (Working On SAMP)


                                                          **Click Here To Download**

T-Team kesal kenyataan Irfan Ghani

PENGURUSAN T-Team kesal dengan kenyataan pemain pertahanannya Ifran Abd Ghani yang jelas menyebelahi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas.
   
Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain berkata, tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya memburukkan keadaan apatah lagi ia dibuat sebagai memihak pasukan lawan.
   
Katanya kenyataan Ifran itu menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu.
   
Irfan mendakwa tidak melihat sebarang kecederaan dialami oleh pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasaan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT.
   
"Sebagai pemain simpanan, mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Syahrizan pemain yang berusia 25 tahun itu juga didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat kenyataan itu kepada pengurusan T-Team.
   
Katanya, perkara terbabit akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi T-Team untuk tindakan susulan.
   
Hari ini, Irfan telah membuat satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berhubung kejadian Sabtu lalu tanpa pengetahuan pihak pengurusan T-Team.
   
Pada perlawanan tersebut, T-Team enggan meneruskan saingan babak kedua atas faktor keselamatan selepas mendakwa Rodrigues dan Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan.
   
JDT mendahului 2-1 pada ketika itu.
   
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarakat khas berhubung insiden tersebut esok.  - Bernama

Dragon Ball Z Mod

Dragon Ball Z Mod



Download Sekarang KLIK SINI

Polis Terima Empat Laporan Dari T-Team

Polis Terima Empat Laporan Dari T-Team

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menerima empat laporan daripada pasukan bola sepak T-Team berhubung insiden kekecohan perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa berkata pihak pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu antara pukul 9 malam dan 12.30 tengah malam tadi.

"Kami akan menyiasat dan akan memanggil serta merakamkan percakapan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor serta Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa.

T-Team, yang ketinggalan 2-1 pada separuh masa, mendakwa mereka tidak dapat meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan. - Bernama

Kelantan vs Sabah

THE RED WARRIOR TIDAK BOLEH TEWAS - KHAIRUL FAHMI
SINAR HARIAN

"SEBAGAI juara bertahan, kami tidak boleh tewas kepada Sabah.” Itu kata, Penolong Ketua Pasukan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang bertekad memastikan kemenangan menjadi milik pasukannya pada pertemuan pusingan kedua Piala FA menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam esok.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali panggilan Apex berkata, dia mahu melupakan kesilapan melepaskan gol mudah yang menyaksikan Kelantan tewas 1-2 kepada PKNS FC dalam saingan Liga Super minggu lalu dan menjadikan Sabah sebagai mangsa kebangkitan pasukannya.

“Pertemuan menentang Sabah malam esok merupakan perlawanan kalah mati bagi kedua-dua pasukan. Ini perlawanan pertama Kelantan dalam saingan Piala FA dan kami tidak boleh kalah kerana laluan untuk mempertahankan kejuaraan harus bermula dengan menewaskan pasukan itu.

“Sebagai penyandang juara, tekanan sentiasa diletakkan pada pasukan ini tetapi saya ambil perkara itu sebagai suntikan motivasi untuk Kelantan mara lebih jauh. Kami tidak boleh jadikan tekanan itu satu penghalang untuk ke peringkat suku akhir,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagi merealisasikan misi wajib menang ke atas Sabah, penjaga gawang The Red Warriors itu jelas mengharapkan rakan sepasukannya meminimumkan kesilapan pada pertemuan menentang pasukan dari Kepulauan Borneo itu.

“Kesilapan sentiasa ada dalam bola sepak. Itu tidak boleh elakkan tetapi saya percaya kami boleh mengurangkannya pada pertemuan dengan Sabah nanti. Insya ALLAH, jika kami dapat mengatasi masalah tersebut, Kelantan tidak berdepan masalah untuk mengalahkan mereka,” katanya.

Begitu pun tegasnya, laluan sukar menanti Kelantan apabila melayan kunjungan Sabah di Kota Bharu memandangkan skuad kendalian Seslija Milomir itu pasti berusaha memburu kemenangan setelah tewas dalam dua perlawanan Liga Premier sebelum ini.

“Kami sendiri pun tidak tahu kekuatan atau kelemahan mereka. Dua kekalahan awal itu mungkin tidak menggambarkan keupayaan sebenar Sabah. Jurulatih mereka pasti akan merangka strategi tersendiri untuk menafikan kemenangan kami malam esok,” katanya.

Apex yang tidak ikut serta ke Brunei ketika Kelantan mengikat keputusan seri tanpa jaringan dengan Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) FC pada aksi persahabatan tiga hari lalu, turut menagih sumbangan lebih daripada Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Farisham Ismail setelah mereka mendapat rehat yang mencukupi sebelum pertemuan malam esok.

Perlawanan Darul Takzim vs T-Team Ditunda

BERITA HARIAN
PIALA FA 2014

Johor Bahru: Hampir 30,000 penyokong Harimau Selatan pulang hampa apabila perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang T-Team terpaksa ditangguhkan pada babak kedua perlawanan, malam tadi.


Perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, terpaksa ditangguhkan ketika JDT mendahului T-Team 2-1. 

Komisioner perlawanan, Zainal Mukri, berkata selepas tamat perlawanan masa pertama berlaku pertelingkahan antara jurulatih JDT, Cesar Fernando Jiminez dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo. 



Katanya, ketika di dalam terowong pertelingkahan terbabit mendapat campur tangan pemain kedua-dua pasukan hingga menyebabkan T-Team enggan meneruskan perlawanan.

Aimar Ledak

“Saya belum mendapat laporan rasmi kenapa T-Team enggan meneruskan perlawanan. Kita akan mendapatkan alasan rasmi daripada mereka.

“Jadi, perlawanan malam ini (malam tadi) ditangguhkan. Kejadian dan keputusan malam ini akan dihantar kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM untuk keputusan lanjut,” katanya. 
Dalam perlawanan itu, gol pertama JDT dijaringkan Pablo Aimar hasil sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-16 selepas Amri Yahya dijatuhkan pemain pelawat.

JDT kemudian mengukuhkan kedudukan pada minit ke-20 selepas hantaran lintang Aimar ditanduk kemas Liciano Figueroa. 

Kapten T-Team, Mohd Marzuki Yusof bagaimanapun merapatkan jurang hasil sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-26

VIDEO PERTENGKARAN



IFENBSeriesv1.0

IFENBSeriesv1.0 (For Low PC)




IFENBSeriesV1.0 (For Medium/High PC)